Wednesday, January 28, 2009

Panorama Malam Di UNiSEL




Alhamdulillah, selepas sekian lama menanti akhirnya panorama malam di UNiSEL yang dulunya suram kini bertukar kepada panorama yang indah. MPPUNiSEL SHAH ALAM mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan UNiSEL juga pihak Pembangunan diatas keprihatinan mereka tentang keselamatan dan kebajikan pelajar. Semoga cahaya yang menerangi UNiSEL SHAH ALAM akan terus bercahaya dimasa hadapan.


Yang Benar,
Mohd Shairazi Romainor
Naib Yang Di-Pertua
MPPUNiSEL

Wednesday, January 21, 2009

Kediaman UNiSEL

Untuk makluman semua penghuni asrama unisel, asrama akan kekal seperti biasa walaupun berlaku kerja-kerja membaikpulih asrama. Jika segala yang dirancang dan diusulkan berjaya mendapat kelulusan dari pihak pengurusan unisel, asrama akan ditiadakan bermula sesi Julai 2009/2010 tetapi akan digantikan dengan kediaman baru yang lebih selesa dan kondusif. Pengangkutan juga akan disediakan bagi kemudahan dari kediaman ke kampus unisel seksyen 7.

Yang Benar,
MPPUNiSEL SHAH ALAM

Status Projek Rumah Hijau




Setelah memohon penjelasan dari pihak yang berkenaan, projek rumah hijau akan diteruskan seperti yang dirancang. Semua projek akan berjalan dalam masa terdekat.

Regards,
MPPUNiSEL Shah Alam

Saturday, January 17, 2009

Tarikh-Tarikh Penting Mesyuarat Pembentangan Permasalahan Bagi Setiap Fakulti

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak MPPUNISEL Cawangan Shah Alam akan mengadakan sesi dialog bersama siswa/siswi UNISEL berkenaan dengan pembentangan permasalahan yang terdapat bagi setiap fakulti masing-masing untuk diajukan kepada pihak pengurusan UNISEL. Justeru itu, wakil bagi setiap kursus bagi fakulti yang terlibat dijemput hadir. Berikut merupakan tarikh-tarikh penting:

Hari: Khamis
Tarikh: 22 Januari 2009
Masa: 9.00 p.m.
Tempat: Bilik Rekriasi Pelajar a.k.a Bilik MPPUNISEL
Fakulti: Bioperubatan Dan Sains Kesihatan


Hari: Khamis
Tarikh: 29 Januari 2009
Masa: 9.00 p.m.
Tempat: Bilik Rekriasi Pelajar a.k.a Bilik MPPUNISEL
Fakulti: Bioteknologi Dan Sains Hayat


Hari: Khamis
Tarikh: 5 Februari 2009
Masa: 9.00 p.m.
Tempat: Bilik Rekriasi Pelajar a.k.a Bilik MPPUNISEL
Fakulti: Seni Lukis Dan Seni Reka Industri


Agenda Mesyuarat:

1. Permasalahan Fakulti
2. Kemudahan dan fasiliti
3. Hal berkaitan akademik, MQA dan lain-lain


*Sebarang perubahan tarikh dan tempat akan dimaklumkan dari masa ke semasa.


"PEMIMPIN CEMERLANG PENERAJU MAHASISWA GEMILANG"

Regards,
Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUNISEL)
Cawangan Shah Alam

Wednesday, January 14, 2009

Projek Menaik Taraf Kawasan Rumah Hijau



Projek menaik taraf kawasan rumah hijau kini sedang cuba diusulkan dengan agresif kepada pihak yang berkenaan dan kini menunggu kepastian sama ada ianya akan ditenderkan pada 15 Januari 2009 atau sebaliknya. Semoga apa yang dinantikan akan tiba untuk kita semua sebagai warga UNiSEL.

Regards,
Mohd Shairazi Romainor
NYDP MPPUNiSEL 08/09

Thursday, January 8, 2009

Kampus UNISEL Shah Alam Bakal Berubah Wajah Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Penubuhan Universiti Industri Selangor


Rabu, 7 Januari 2009: Hasil perbincangan, cadangan dan usul yang telah dikemukakan oleh pihak Majlis Perwakilan Pelajar Cawangan Shah Alam (MPPUNISEL) yang diketuai oleh Saudara Mohd Shairazi Bin Romainor (NYDP MPPUNISEL) dan seluruh kepimpinan MPPUNISEL Cawangan Shah Alam bersama Yg. Bhg Prof. Dr. Ir. Muhamad Daud selaku Timbalan Naib Canselor Perancangan Strategik & Pembangunan, beliau telah bersetuju meluluskan cadangan bagi membaik pulih kediaman asrama siswa siswi yang telah uzur antaranya penambahbaikan tandas serta lantai berjubin yang akan digantikan, penambahbaikan rumah hijau dan kawasan sekitarnya, lampu-lampu jalan di sekitar kampus serta lampu pada mercu tanda atau logo rasmi UNISEL yang terdapat pada bangunan satellite yang selama ini bergelap, dan perubahan warna cat yang bakal merubah wajah UNISEL kepada imej yang baru sempena sambutan ulang tahun ke-10 penubuhannya. Tender bagi penambahbaikan ini telah dikeluarkan oleh pihak pejabat pembangunan UNISEL pada 8 Januari 2009. Pastinya berita gembira ini amat dinanti-nantikan oleh seluruh warga kampus UNISEL Shah Alam dan ianya adalah satu lagi kejayaan pihak MPPUNISEL cawangan Shah Alam dalam memperjuangkan kebajikan para siswa/siswinya.

Usul/cadangan yang masih dalam proses kelulusan:

1. Mesin ATM.
2. Jalan berbumbung yang menghubungkan siswa/siswi antara satu blok ke satu blok yang lain.
3. Tempat letak motosikal berbumbung.
4. Permasalahan bagi kemudahan-kemudahan di setiap fakulti.

Justeru itu, kami di kesempatan ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada Yg. Bhg Prof. Dr. Ir. Muhamad Daud di atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Naib Canselor Perancangan Strategik & Pembangunan serta kepekaan beliau terhadap permasalahan yang telah dikemukakan. Harapan kami semoga dengan apa jua yang dijanjikan akan dapat dilaksanakan dengan baik demi angin perubahan bagi siswa/siwi UNISEL untuk masa akan datang.

Best Regards,
Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUNISEL)
Cawangan Shah Alam

"PEMIMPIN CEMERLANG PENERAJU MAHASISWA GEMILANG"