Ucapan Alu-aluan oleh Yg. Bhg. Prof. Dr. Hj. Anuar Bin Hj. Ahmad Pemangku NC/TNC Akademik UNISEL
Barisan Pengurusan Kanan UNISEL
Sabtu, 14 Februari 2009: Tanggal 13 Februari 2009 bertempat di Lecture Theatre (LT2) Kampus UNISEL Shah Alam telah berlangsungnya Dialog Permasalahan Akademik bersama Pengurusan Kanan UNISEL yang julung kalinya diadakan anjuran MPPUNUSEL Cawangan Shah Alam yang diketuai oleh Saudara Mohd. Shairazi Romainor (NYDP MPPUNISEL).Barisan Pengurusan Kanan UNISEL
Majlis ini turut dihadiri barisan-barisan Pengurusan Kanan UNISEL serta Dekan-dekan Fakulti antaranya:
Yg. Bhg. Prof. Dr. Hj. Anuar Bin Hj. Ahmad, Pemangku NC/TNC Akademik
Yg. Bhg. Prof. Madya Dr. Hj. Zainal Abidin Bin Kidam, TNC HEP
Yg. Bhg. Dato' Hjh. Latifah Bt. Hassan, Pendaftar Kanan
Yg. Bhg. Pn. Hjh. Rokmaa Bt. Hj. Mat, Pendaftar
Yg. Bhg. Pn. Hjh. Siti Fatimah Bt. Jalal, Bendahari
Yg. Bhg. Prof. Dr. Mohd Nasir Bin Saadon, Dekan FBSH
Yg. Bhg. En. Abdullah Bin Ramli, Timbalan Dekan FBSH
Yg. Bhg. En. Ibrahim Bin Bujal, Timbalan Dekan FTSSI
Yg. Bhg. En. Abdullah Bin Mohd Noh, Dekan FBHS
Sesi Dialog ini telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran yang amat menggalakkan daripada siswa/i terutamanya daripada Fakulti Bioperubatan Dan Sains Kesihatan serta Fakulti Bioteknologi Dan Sains Hayat. Komitmen yang diberi oleh pihak siswa/i yang berkenaan amat kami hargai kerana peka mengenai permasalahan yang dihadapi, syabas dan tahniah diucapkan.
Justeru itu segala permasalahan yang dibentangkan oleh siswa/i sekalian akan direkod/ dibukukan di dalam bentuk memorandum dan akan diserahkan secara rasmi kepada pihak Pengurusan Kanan UNISEL bagi tindakan susulan mengenai permasalahan yang telah dibentangkan tempoh hari.
Diharapkan dengan pembentangan permasalahan tersebut dapat memberi harapan baru dan jaminan terhadap suatu penyelesaian yang bakal direalisasikan bagi siswa/i UNISEL khususnya.
Sekian Terima Kasih.
Regards,
Mohamad Faris Hashim
Timbalan Naib Yang Di-Pertua (TNYDP )
Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUNISEL)
Cawangan Shah Alam