Sunday, September 14, 2008
Permasalahan kemudahan UNiSEL
14 September 2008 : Pada malam 13 September 2008 bertempat di kafe UNiSEL satu perbincangan tidak formal terbuka antara pihak MPPUNiSEL & Pemangku Naib Canselor telah berlangsung. Prof.Dr. Khalifah menyatakan kekesalan beliau kerana kampus unisel shah alam tidak diterangi dengan lampu jalan. Perkara ini telah dibangkitkan oleh beliau tetapi hanya kawasan tertentu sahaja yang bercahaya. Ini menjadikan kawasan sekitar unisel berbahaya kepada warga unisel. Dikesempatan ini, permasalahan mengenai Gymnasium dan laluan berbumbung antara setiap blok di unisel telah diajukan. Perkara ini telah mendapat perhatian beliau, dan akan dibawa ke dalam mesyuarat pengurusan. Selain daripada itu, Prof.Dr. Khalifah juga akan mengusulkan kepada Board Of Director,UNiSEL untuk membeli 2 buah bas untuk kegunaan pelajar dan akan ditempatkan di Kampus UNiSEL Shah Alam dan UNiSEL Bestari Jaya.
Saturday, September 13, 2008
Selamat Hari Jadi Ke-21 dari MPPUNiSEL Shah Alam
19 September 2008 : Terima Kasih saudara Mohamad Faris atas jasa anda. Semoga anda mendapat apa yang dihajati.. Dan berjaya di dalam pelajaran. Teruskan usaha anda tanpa jemu, insya-allah..ianya kan berjaya. Selamat Hari Jadi Ke-21.
Labels:
besday faris tue..
Saturday, September 6, 2008
Majlis Berbuka Puasa DAn Khatam Al-Quran Bersama Anak Yatim UNISEL Dan Program Konvoi Penghayatan Ramadhan UNISEL
Dengan segala hormatya Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUNISEL) menjemput saudara/saudari yang dihormati sekalian ke:
TARIKH: 14 SEPTEMBER 2008 (AHAD)
MASA: 5.00PM-10.00PM
TEMPAT: PERKARANGAN DEWAN SERBAGUNA (DSG) KAMPUS UNISEL SHAH ALAM.
AKTIVTI: -GOTONG ROYONG MEMASAK BUBUR LAMBUK
-MAJLIS MERAIKAN KETIBAAN KONVOI RAMADHAN
-BACAAN TARANNUM
-PERSEMBAHAN NASYID
-MAJLIS KHATAM AL-QURAN
-MOREH
MAKLUMAT LANJUT: MOHAMAD FARIS BIN HASHIM
PENGARAH PROGRAM
012-6056473/0132129557
Pengumuman:
TARIKH: 12,13,14 SEPTEMBER 2008 (JUMAAT-AHAD)
TEMPAT: SEKITAR NEGERI SELANGOR
AKTIVTI: -MEMASAK BUBUR LAMBUK BERSAMA PENDUDUK SETEMPAT
-SINGGAH SAHUR
-TADARUS AL-QURAN DLL
MAKLUMAT LANJUT: AZRUL AZRIN BIN WAHAB
PENGARAH PROGRAM
017-6724817
MAJLIS BERBUKA PUASA DAN KHATAM AL-QURAN BERSAMA ANAK YATIM/ASNAF UNISEL
TARIKH: 14 SEPTEMBER 2008 (AHAD)
MASA: 5.00PM-10.00PM
TEMPAT: PERKARANGAN DEWAN SERBAGUNA (DSG) KAMPUS UNISEL SHAH ALAM.
AKTIVTI: -GOTONG ROYONG MEMASAK BUBUR LAMBUK
-MAJLIS MERAIKAN KETIBAAN KONVOI RAMADHAN
-BACAAN TARANNUM
-PERSEMBAHAN NASYID
-MAJLIS KHATAM AL-QURAN
-MOREH
MAKLUMAT LANJUT: MOHAMAD FARIS BIN HASHIM
PENGARAH PROGRAM
012-6056473/0132129557
Pengumuman:
PROGRAM KONVOI PENGHAYATAN RAMADHAN UNISEL JELAJAH NEGERI SELANGOR
TARIKH: 12,13,14 SEPTEMBER 2008 (JUMAAT-AHAD)
TEMPAT: SEKITAR NEGERI SELANGOR
AKTIVTI: -MEMASAK BUBUR LAMBUK BERSAMA PENDUDUK SETEMPAT
-SINGGAH SAHUR
-TADARUS AL-QURAN DLL
MAKLUMAT LANJUT: AZRUL AZRIN BIN WAHAB
PENGARAH PROGRAM
017-6724817
Tuesday, August 26, 2008
Pasukan Taekwando UNiSEL berjaya menggondol 7 pingat sepanjang kejohanan Taekwando Intervarsiti UIA 2008
Tahniah diucapkan kepada pasukan taekwando UNiSEL yang telah berjaya mendapat 1 pingat emas, 3 perak dan 3 gangsa di pertandingan taekwando intervarsiti di UIA pada 22-24 Ogos 2008. Kami amat berbangga di atas pencapaian mereka kerana telah berjaya menaikkan nama UNiSEL dipersada taekwando antara IPT. Dengan kejayaan mereka ini, diharapkan agar lebih banyak kejayaan akan dapat diraih melalui sukan-sukan yang lain dan mengharumkan nama UNiSEL dengan lebih gemilang. Semoga kejayaan ini akan berterusan dan kami di pihak MPPUNiSEL menyokong dalam segala penglibatan pelajar UNiSEL di peringkat tertinggi.
Friday, August 15, 2008
Majlis Pengenalan MPPUNISEL sempena Minggu Apresiasi Siswa (MAS) di kampus UNISEL Bestari Jaya
Dari kiri Mohd Shairazi B Romainor (NYDP), Annur Ashikin Bt Ab. Rashid (Bendahari Agung), Sofia Bt Mohammed Shariff (Pen. Bendahari 2), Mohamad Faris B Hashim (TNYDP 2)
Tuesday, August 12, 2008
Program Adidas-MBSA King Of The Road 2008
Program Adidas-MBSA King Of The Road 2008 berlangsung pada 10 Ogos 2008 yang lalu dan telah disertai oleh 25 orang mahasiswa/i UNISEL kampus Shah Alam dengan jayanya. Ini merupakan penghormatan kepada UNiSEL yang telah diiktiraf sebagai anak angkat kepada Majlis Bandaraya Shah Alam. Semoga pada program-program yang akan datang, diharap lebih ramai pelajar dapat turut serta dalam program-program yang bakal dijayakan.
Wednesday, July 16, 2008
Program Konvoi Bermotosikal 'Open Day UNISEL'
Kami bagi pihak seluruh kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUNISEL) dengan sukacitanya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada peserta-peserta konvoi yang sudi meluangkan masa bersama-sama berkonvoi pada hari tersebut.
Diharapkan program-program seumpamanya akan terus mendapat sokongan dan kerjasama daripada anda pada masa akan datang.
Sekian Terima Kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)
