Friday, July 6, 2012

Pandangan Pihak Industri kepada Graduan UNiSEL

Apakah pandangan pihak industri di Malaysia terhadap graduan2 UNiSEL yang tamat pengajian?

Iklim perubahan pemerintahan yang berlaku pada tahun 2008 sedikit sebanyak memberi kesan positif dan negatif kepada UNiSEL dan ALUMNI mereka sendiri. Tetapi jika dikupas dari sudut yang sihat, graduan yang dilahirkan di UNiSEL merupakan graduan yang berkualiti dan mempunyai daya saing yang tinggi di kalangan graduan IPT yang lain.

Mereka mampu menyerap tekanan dari pelbagai aspek dengan matang dan mampu memberikan komitmen yang bagus kepada majikan mereka.

Malah ada diantara mereka yang ditawarkan kerja dengan gaji yang bagus dan ada juga yang ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran mereka diperingkat yang tertinggi.

Janganlah kerana keadaan semasa alumni-alumni serta pelajar-pelajar UNiSEL menerima kesan tempias yang boleh merugikan mereka dan negara. Kerana mereka adalah aset yang bernilai kepada Malaysia.

Tinta,

SR

http://www.unisel.edu.my/news-a-events/newsletter/246-anugerah-pelajar-cemerlang-daripada-iem-dan-mia.html

Wednesday, March 25, 2009

PELANTIKAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR (UNISEL)



Merujuk kepada perkara diatas Pelantikan Datuk Dr. Rosti Bin Saruwono sebagai Naib Canselor Universiti Industri Selangor (UNISEL) yang baharu berkuatkuasa pada 1 Mac 2009 atas persetujuan oleh ahli lembaga Pengarah PIYSB dan kerajaan Negeri Selangor.

Untuk makluman beliau merupakan bekas Rektor di Universiti Teknologi Petronas (UTP) dari tahun 2004 hingga 2008, diharapkan dengan pelantikan beliau sebagai Naib Canselor UNISEL yang baharu akan membawa perubahan kepada seluruh warga UNISEL khususnya.

WACANA EKONOMI UMMAH 2009 (WEU '09)

WACANA EKONOMI UMMAH 2009 (WEU '09)

28 Mac 2009 (Sabtu)
Masa: 8.00 Pagi
Tempat: Dewan Serbaguna (DSG) UNISEL Sek. 7 Shah Alam, Selangor.

UCAPTAMA:

'KRISIS EKONOMI SEJAGAT: CABARAN DAN HALUAN
Oleh: YB. Dato' Seri Anwar Ibrahim

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA

Pengerusi sesi: Hj. Othman B. Hj. Omar
Pengurus Besar PKNS

KERTAS KERJA 1

'PENGUASAAN 65% EKONOMI UMMAH , MELALUI WAQAF & JIHAD BISNES
Oleh: Tan Sri Dato' Muhammad Ali Bin Hj. Hashim
Naib Presiden Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM)
Ketua Eksekutif Johor Corporation

KERTAS KERJA 2

'BUDAYA BISNES & PEMBUDAYAAN BISNES; STRATEGI PENGUKUHAN EKONOMI'
Oleh: Y.Bhg. Prof. Dr. Hj. Anuar Bin Hj. Ahmad
Timbalan Naib Canselor Akademik
Universiti Industri Selangor (UNISEL)

Masa: 11.00 Pagi
Tempat: Dewan Serbaguna (DSG) UNISEL Sek. 7 Shah Alam, Selangor.

Ringkasan Eksekutif Wacana Ekonomi Ummah 2009
Oleh: Tn. Hj. Nik Yusof Bin Nik Ismail
Pengerusi Biro Pembangunan Insan DPIM Selangor

*Aktiviti Sampingan
-Pertandingan Catur Bistari Peringkat IPT
-Klinin Usahawan
-Pertandingan Masakan 'Sedapnya Bersama Ayamas'

SEMUA SISWA SISWI UNISEL DAN ORANG RANAI DIJEMPUT HADIR...

PROGRAM GERAK USAHAWAN SISWA 2009

ATURCARA PROGRAM GERAK USAHAWAN SISWA 2009

SEMINAR 1
Hari Pertama 27 Mac 2009 (Jumaat)

Seminar Keusahawanan 1

'Pertanian Satu Peniagaan'

Kertas 1

Tajuk: Pertanian Satu Perniagaan
Oleh: Tuan Haji Kurdi Bin Karto
Ketua Seksyen Perundingan dan Pelaburan Jabatan Pertanian Negeri Selangor

Masa: 3.00 Petang
Tempat: Dewan Serbaguna (DSG) UNISEL Sek. 7 Shah Alam, Selangor.

Kertas 2

Tajuk: Pembentukan Model Usahawan Terbilang
Oleh: Prof. Dr. Khairul Baharein Mohd Noor
Pengarah Pusat Kerjasama Universisti-Industri
Universiti Industri Selangor (UNISEL)

Masa: 4.00 Petang
Tempat: Dewan Serbaguna (DSG) UNISEL Sek. 7 Shah Alam, Selangor.

SEMINAR 2
Hari ke-Dua 29 Mac 2009 (Ahad)

Majlis Perasmian oleh: Y. Bhg. Datuk Dr. Rusti Bin Saruwono
Naib Canselor Universiti Industri Selangor (UNISEL)
Masa: 8.30 Pagi
Tempat: Dewan Serbaguna (DSG) UNISEL Sek. 7 Shah Alam, Selangor.


Pembentang 1

Tajuk: Penguasaan dan Pengurusan Bisness Strategik
Oleh: Y.Bhg. Tn. Hj. Jamaludin Md Ali
Pengarah Urusan QSR Brands Bhd. / KFC Holdings (Malaysia) Bhd

Masa: 9.00 Pagi
Tempat: Dewan Serbaguna (DSG) UNISEL Sek. 7 Shah Alam, Selangor.

Pembentang 2

Tajuk: Persepsi Siswa Mengenai Keusahawanan
Oleh: Y.Bhg. Prof. Dr. Khalifah Othman
Pengarah/Dekan UNISEL Graduates School of Management (UGSM)

Masa: 10.30 Pagi
Tempat: Dewan Serbaguna (DSG) UNISEL Sek. 7 Shah Alam, Selangor.


Pembentang 3

Tajuk: Seronoknya Menjadi Seorang Usahawan
Oleh: 1. Tn. Hj. Muhammad Sahar Bin Mat Sahar
Pengarah Urusan Bulatan Mekar Sdn. Bhd.

2. Sdr. Tarmizi Bin Hj. Samsi
Pengarah Urusan Delta Inn

Masa: 11.15 Pagi
Tempat: Dewan Serbaguna (DSG) UNISEL Sek. 7 Shah Alam, Selangor.

Pembentang 4

Tajuk: Daya Tahan & Persediaan Mental Usahawan
Oleh: 1. Dato' Hj. Shamsuddin Haironi
Ketua Pegawai Eksekutif Majulia Holding

2. En. Anuar Samsi Bin Mohd Yassin
Pengarah Urusan Alif Diamond Sdn Bhd

Masa: 12.00 Tgh hari
Tempat: Dewan Serbaguna (DSG) UNISEL Sek. 7 Shah Alam, Selangor.

Pembentang 5

Tajuk: Perkongsian Pengalaman: Usahawan Satu Kerjaya
Oleh: 1. Sdr Nazri Bin Dato' Omar
Ketua Pegawai Operasi Al Ansar Agro Sdn Bhd

2. Wakil JCorp Intraprenuer (M) Bhd
3. Wakil PKNS

Masa: 2.15 Petang
Tempat: Dewan Serbaguna (DSG) UNISEL Sek. 7 Shah Alam, Selangor.


*Aktiviti Sampingan

-Demonstrasi/pertandingan Sukan Rakyat
-Pertandingan Masakan 'Sedapnya Bersama Ayamas'


SEMUA SISWA SISWI DAN ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR....

Friday, March 6, 2009

PEMBUBARAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPPUNISEL) SESI 2008/2009

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa Pemilihan MPPUNISEL, kali ke-7, sesi 2009/2010 akan diadakan pada 25 Mac 2009 (Rabu) dan penamaan calon adalah pada 16 Mac 2009 (Isnin).

Sehubungan dengan itu, barisan kepimpinan MPPUNISEL sesi 2008/2009 akan dibubarkan mulai 5 Mac 2009 (Khamis).

Justeru itu kami inngin mengucapkan jutaan terima kasih kepada siswa/i UNISEL kampus Shah Alam khususnya yang terus menerus menyokong kami sewaktu menerajui tampuk kepimpinan MPPUNISEL bagi sesi 2008/2009 bagi kampus UNISEL Shah Alam yang lalu..

Di kesempatan ini juga kami ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap andai pernah mengguris hati mana-mana pihak. Apa yang telah kami lakukan dan usaha kan selama ini adalah demi menjaga kebajikan siswa/siswi UNISEL khususnya.

Oleh itu kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi atas sokongan yang tidak berbelah bagi yang diberikan kepada kami selama ini dan diharapkan juga kepada mereka-mereka yang bakal menerajui tampuk kepimpinan baru MPPUNISEL bagi sesi 2009/2010 bagi kampus UNISEL Shah Alam akan dapat meneruskan kesinambungan daripada apa yang telah kami perjuangkan selama ini.

Semoga nasib mahasiswa UNISEL akan terus terbela dan terus diperjuangkan di masa-masa yang akan datang.

Sekian terima kasih..

Yang Berkhidmat,

Seluruh Ahli Majlis Tertinggi & Exco,
Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUNISEL)
Universiti Industri Selangor,
Cawangan Shah Alam.


Sunday, February 15, 2009

Sisipan Peristiwa: Sesi Dialog Permasalahan Akademik


Ucapan Alu-aluan oleh Yg. Bhg. Prof. Dr. Hj. Anuar Bin Hj. Ahmad Pemangku NC/TNC Akademik UNISEL



Barisan Pengurusan Kanan UNISEL




Hadirin siswa/siswi UNISEL


Sabtu, 14 Februari 2009: Tanggal 13 Februari 2009 bertempat di Lecture Theatre (LT2) Kampus UNISEL Shah Alam telah berlangsungnya Dialog Permasalahan Akademik bersama Pengurusan Kanan UNISEL yang julung kalinya diadakan anjuran MPPUNUSEL Cawangan Shah Alam yang diketuai oleh Saudara Mohd. Shairazi Romainor (NYDP MPPUNISEL).

Majlis ini turut dihadiri barisan-barisan Pengurusan Kanan UNISEL serta Dekan-dekan Fakulti antaranya:

Yg. Bhg. Prof. Dr. Hj. Anuar Bin Hj. Ahmad, Pemangku NC/TNC Akademik
Yg. Bhg. Prof. Madya Dr. Hj. Zainal Abidin Bin Kidam, TNC HEP
Yg. Bhg. Dato' Hjh. Latifah Bt. Hassan, Pendaftar Kanan
Yg. Bhg. Pn. Hjh. Rokmaa Bt. Hj. Mat, Pendaftar
Yg. Bhg. Pn. Hjh. Siti Fatimah Bt. Jalal, Bendahari
Yg. Bhg. Prof. Dr. Mohd Nasir Bin Saadon, Dekan FBSH
Yg. Bhg. En. Abdullah Bin Ramli, Timbalan Dekan FBSH
Yg. Bhg. En. Ibrahim Bin Bujal, Timbalan Dekan FTSSI
Yg. Bhg. En. Abdullah Bin Mohd Noh, Dekan FBHS

Sesi Dialog ini telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran yang amat menggalakkan daripada siswa/i terutamanya daripada Fakulti Bioperubatan Dan Sains Kesihatan serta Fakulti Bioteknologi Dan Sains Hayat. Komitmen yang diberi oleh pihak siswa/i yang berkenaan amat kami hargai kerana peka mengenai permasalahan yang dihadapi, syabas dan tahniah diucapkan.

Justeru itu segala permasalahan yang dibentangkan oleh siswa/i sekalian akan direkod/ dibukukan di dalam bentuk memorandum dan akan diserahkan secara rasmi kepada pihak Pengurusan Kanan UNISEL bagi tindakan susulan mengenai permasalahan yang telah dibentangkan tempoh hari.

Diharapkan dengan pembentangan permasalahan tersebut dapat memberi harapan baru dan jaminan terhadap suatu penyelesaian yang bakal direalisasikan bagi siswa/i UNISEL khususnya.

Sekian Terima Kasih.

Regards,

Mohamad Faris Hashim
Timbalan Naib Yang Di-Pertua (TNYDP )
Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUNISEL)
Cawangan Shah Alam


Thursday, February 12, 2009

MEMO : PEJABAT MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

Untuk makluman semua persatuan-persatuan dan para pelajar. Unit bersebelahan rumah felo siswi adalah merupakan Pejabat Majlis Perwakilan Pelajar yang baru. Unit tersebut telah digazetkan semasa zaman bekas pemangku naib canselor, Prof. Dr. Khalifah Bin Uthman.

Bagi penggunaan bilik tersebut pelajar dinasihatkan memohonnya dari MT MPPUNISEL SHAH ALAM agar tidak berlaku sebarang pertindihan penggunaan bilik tersebut.

Hanya surat yang diluluskan penggunaanya oleh MT MPPUNISEL SHAH ALAM sahaja yang DIIKTIRAF KELULUSANNYA.

Warmest Regards,

MT MPPUNISEL SHAH ALAM.