Sunday, February 15, 2009

Sisipan Peristiwa: Sesi Dialog Permasalahan Akademik


Ucapan Alu-aluan oleh Yg. Bhg. Prof. Dr. Hj. Anuar Bin Hj. Ahmad Pemangku NC/TNC Akademik UNISEL



Barisan Pengurusan Kanan UNISEL




Hadirin siswa/siswi UNISEL


Sabtu, 14 Februari 2009: Tanggal 13 Februari 2009 bertempat di Lecture Theatre (LT2) Kampus UNISEL Shah Alam telah berlangsungnya Dialog Permasalahan Akademik bersama Pengurusan Kanan UNISEL yang julung kalinya diadakan anjuran MPPUNUSEL Cawangan Shah Alam yang diketuai oleh Saudara Mohd. Shairazi Romainor (NYDP MPPUNISEL).

Majlis ini turut dihadiri barisan-barisan Pengurusan Kanan UNISEL serta Dekan-dekan Fakulti antaranya:

Yg. Bhg. Prof. Dr. Hj. Anuar Bin Hj. Ahmad, Pemangku NC/TNC Akademik
Yg. Bhg. Prof. Madya Dr. Hj. Zainal Abidin Bin Kidam, TNC HEP
Yg. Bhg. Dato' Hjh. Latifah Bt. Hassan, Pendaftar Kanan
Yg. Bhg. Pn. Hjh. Rokmaa Bt. Hj. Mat, Pendaftar
Yg. Bhg. Pn. Hjh. Siti Fatimah Bt. Jalal, Bendahari
Yg. Bhg. Prof. Dr. Mohd Nasir Bin Saadon, Dekan FBSH
Yg. Bhg. En. Abdullah Bin Ramli, Timbalan Dekan FBSH
Yg. Bhg. En. Ibrahim Bin Bujal, Timbalan Dekan FTSSI
Yg. Bhg. En. Abdullah Bin Mohd Noh, Dekan FBHS

Sesi Dialog ini telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran yang amat menggalakkan daripada siswa/i terutamanya daripada Fakulti Bioperubatan Dan Sains Kesihatan serta Fakulti Bioteknologi Dan Sains Hayat. Komitmen yang diberi oleh pihak siswa/i yang berkenaan amat kami hargai kerana peka mengenai permasalahan yang dihadapi, syabas dan tahniah diucapkan.

Justeru itu segala permasalahan yang dibentangkan oleh siswa/i sekalian akan direkod/ dibukukan di dalam bentuk memorandum dan akan diserahkan secara rasmi kepada pihak Pengurusan Kanan UNISEL bagi tindakan susulan mengenai permasalahan yang telah dibentangkan tempoh hari.

Diharapkan dengan pembentangan permasalahan tersebut dapat memberi harapan baru dan jaminan terhadap suatu penyelesaian yang bakal direalisasikan bagi siswa/i UNISEL khususnya.

Sekian Terima Kasih.

Regards,

Mohamad Faris Hashim
Timbalan Naib Yang Di-Pertua (TNYDP )
Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUNISEL)
Cawangan Shah Alam


Thursday, February 12, 2009

MEMO : PEJABAT MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

Untuk makluman semua persatuan-persatuan dan para pelajar. Unit bersebelahan rumah felo siswi adalah merupakan Pejabat Majlis Perwakilan Pelajar yang baru. Unit tersebut telah digazetkan semasa zaman bekas pemangku naib canselor, Prof. Dr. Khalifah Bin Uthman.

Bagi penggunaan bilik tersebut pelajar dinasihatkan memohonnya dari MT MPPUNISEL SHAH ALAM agar tidak berlaku sebarang pertindihan penggunaan bilik tersebut.

Hanya surat yang diluluskan penggunaanya oleh MT MPPUNISEL SHAH ALAM sahaja yang DIIKTIRAF KELULUSANNYA.

Warmest Regards,

MT MPPUNISEL SHAH ALAM.

Wednesday, February 11, 2009

Protokol Sesi Dialog

Dengan adanya saluran bagi pelajar-pelajar menyampaikan masalah secara terus kepada pihak pengurusan tertinggi UNISEL. Saya berharap agar semasa berjalannya majlis tersebut, ianya tidak dicemari oleh insiden-insiden yang tidak diingini.


Ini adalah kerana kita sebagai pelajar yang mempunyai daya intelektual yang tinggi seharusnya menunjukkan kematangan kita sebagai insan yang terdidik. Dengan ini apa yang kita ingini dapat disampaikan secara jelas dan penuh berhemah kepada pengurusan yang baru ini.


Saya juga berharap agar akan ada tindakkan dari pihak pengurusan kanan UNISEL dalam memacu unisel ke arah ERA BARU UNISEL yang lebih hebat lagi.


Regards,
Mohd Shairazi Bin Romainor
Naib Yang Di-Pertua
MPPUNISEL

Tuesday, February 10, 2009

MEMO: DIALOG PERMASALAHAN AKADEMIK

Salam sejahtera,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa hasil perbincangan semula, pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUNISEL) Cawangan Shah Alam bersama Pengurusan UNISEL telah membawa kata sepakat dan bersetuju bahawa sesi DIALOG PERMASALAHAN AKADEMIK bersama Pengurusan UNISEL anjuran MPPUNISEL Cawangan Shah Alam dijadualkan akan berlangsung pada:

Tarikh: 13 Februari 2009
Hari: Jumaat
Masa: 4.30 Petang
Tempat: Lecture Theater (LT2) Kampus UNISEL Shah Alam

Antara senarai jemputan pihak pengurusan kanan yang akan hadir:

Pemangku NC merangkap TNC HEA
TNC HEP
TNC Perancangan Strategik & Pembangunan
Pendaftar Kanan
Pendaftar
Bendahari
Dekan FBSH
Dekan FTSSI
Dekan FBSH
Dekan Mass Comm

Semua siswa/siswi Kampus UNISEL Shah Alam yang berkelapangan dijemput hadir bagi membentangkan permasalahan masing-masing.

Memo berkenaan sesi dialog ini akan ditampal di sekitar kampus dan fakulti. Diharapkan juga jangan ada pihak yang cuba menyebarkan maklumat palsu yang berunsurkan hasutan dan fitnah.

Segala kerjasama daripada siswa/siswi UNISEL amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

p/s: Tolong sebarkan pada rakan-rakan yang lain..TQ..

Regards,

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Industri Selangor (UNISEL)
Cawangan Shah Alam

Thursday, February 5, 2009

MEMO: PENJELASAN RASMI DEKAN FAKULTI BIOPERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN BERHUBUNG SMS BERUNSUR HASUTAN: PENGIKTIRAFAN MQA

Salam sejahtera..

Berikut merupakan penjelasan rasmi daripada Dekan Fakulti Bioperubatan Dan Sains Kesihatan, En. Abdullah Mohd Noh berkenaan dengan status MQA bagi setiap program yang ditawarkan di Fakulti anda. Jadi diharapkan segala khabar angin yang berunsurkan hasutan mengenai status pengiktirafan MQA berkenaan dengan kursus-kursus yang ditawarkan adalah palsu semata-mata dan merupakan agenda pihak-pihak tertentu yang bermotifkan sesuatu yang tidak sihat dan membawa kepada akibat yang lebih buruk.

Justeru itu kepada siswa/siswi UNISEL yang ingin mendapatkan penjelasan lanjut diminta untuk berhubung secara terus ke Pejabat Pengurusan Fakulti. Memo berkenaan status MQA ini telah pun di tampal di papan kenyataan Fakulti anda.

Kerjasama daripada pihak anda amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Regards,

Mohamad Faris Hashim
Timbalan Naib Yang Di-Pertua 2
Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUNISEL)

Wednesday, February 4, 2009

NO DEMONSTRATION IS ORGANIZED BY MPPUNISEL

Regarding to the SMS that has been sent to all over the Biomedic student. It is unofficially event and will give the bad image towards all Biomedic students. Because the implication in the future will cause another problem to your qualification after graduating from universiti.

Beside thats, it is just a rumors from anonymous that had bad intension because the movement of UNiSEL is smooth right now.

As a Student Representative Council, i'm advice all of UNiSEL student to ignore the SMS and proceed lecture as usuall.


Regards,
Mohd Shairazi Romainor
Vice President
Student Representative Council