Tuesday, February 10, 2009

MEMO: DIALOG PERMASALAHAN AKADEMIK

Salam sejahtera,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa hasil perbincangan semula, pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUNISEL) Cawangan Shah Alam bersama Pengurusan UNISEL telah membawa kata sepakat dan bersetuju bahawa sesi DIALOG PERMASALAHAN AKADEMIK bersama Pengurusan UNISEL anjuran MPPUNISEL Cawangan Shah Alam dijadualkan akan berlangsung pada:

Tarikh: 13 Februari 2009
Hari: Jumaat
Masa: 4.30 Petang
Tempat: Lecture Theater (LT2) Kampus UNISEL Shah Alam

Antara senarai jemputan pihak pengurusan kanan yang akan hadir:

Pemangku NC merangkap TNC HEA
TNC HEP
TNC Perancangan Strategik & Pembangunan
Pendaftar Kanan
Pendaftar
Bendahari
Dekan FBSH
Dekan FTSSI
Dekan FBSH
Dekan Mass Comm

Semua siswa/siswi Kampus UNISEL Shah Alam yang berkelapangan dijemput hadir bagi membentangkan permasalahan masing-masing.

Memo berkenaan sesi dialog ini akan ditampal di sekitar kampus dan fakulti. Diharapkan juga jangan ada pihak yang cuba menyebarkan maklumat palsu yang berunsurkan hasutan dan fitnah.

Segala kerjasama daripada siswa/siswi UNISEL amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

p/s: Tolong sebarkan pada rakan-rakan yang lain..TQ..

Regards,

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Industri Selangor (UNISEL)
Cawangan Shah Alam

0 comments: