Tuesday, August 26, 2008

Pasukan Taekwando UNiSEL berjaya menggondol 7 pingat sepanjang kejohanan Taekwando Intervarsiti UIA 2008

Tahniah diucapkan kepada pasukan taekwando UNiSEL yang telah berjaya mendapat 1 pingat emas, 3 perak dan 3 gangsa di pertandingan taekwando intervarsiti di UIA pada 22-24 Ogos 2008. Kami amat berbangga di atas pencapaian mereka kerana telah berjaya menaikkan nama UNiSEL dipersada taekwando antara IPT. Dengan kejayaan mereka ini, diharapkan agar lebih banyak kejayaan akan dapat diraih melalui sukan-sukan yang lain dan mengharumkan nama UNiSEL dengan lebih gemilang. Semoga kejayaan ini akan berterusan dan kami di pihak MPPUNiSEL menyokong dalam segala penglibatan pelajar UNiSEL di peringkat tertinggi.

Friday, August 15, 2008

Majlis Pengenalan MPPUNISEL sempena Minggu Apresiasi Siswa (MAS) di kampus UNISEL Bestari Jaya


Dari kiri Mohd Shairazi B Romainor (NYDP), Annur Ashikin Bt Ab. Rashid (Bendahari Agung), Sofia Bt Mohammed Shariff (Pen. Bendahari 2), Mohamad Faris B Hashim (TNYDP 2)

Tuesday, August 12, 2008

Program Adidas-MBSA King Of The Road 2008






Program Adidas-MBSA King Of The Road 2008 berlangsung pada 10 Ogos 2008 yang lalu dan telah disertai oleh 25 orang mahasiswa/i UNISEL kampus Shah Alam dengan jayanya. Ini merupakan penghormatan kepada UNiSEL yang telah diiktiraf sebagai anak angkat kepada Majlis Bandaraya Shah Alam. Semoga pada program-program yang akan datang, diharap lebih ramai pelajar dapat turut serta dalam program-program yang bakal dijayakan.