Tuesday, December 16, 2008

Hadiah buat pelajar UNiSEL


Perlantikkan tiga TNC baharu mengundang berita baik buat UNISEL ketika UNiSEL kini malap potensinya kerana pengambilan yang semakin sedikit. Berkuat kuasa dengan perlantikkan tersebut terdapat deretan kereta baru berjenama luar negara yang mengundang rasa kecewa sebagai pelajar UNiSEL. Sebuah berjenama Toyota Camry 2.4V dan 3 buah Nissan Sylphy(bakal menyusul 2 buah kerana hanya kelihatan sebuah sahaja pada 16 Disember). Pelbagai masalah telah diajukan dan masih menunggu jawapan umpama gantung tidak bertali tetapi segala-galanya hanya seperti menanti bulan jatuh ke riba. Kemajuan yang dipinta hanya umpama mimpi.

Perlantikkan Tiga Timbalan Naib Canselor UNiSEL

Berkuat kuasa pada 16 Disember 2008, tiga TNC baru telah dilantik , mereka ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik, Prof Dr Haji Anuar Haji Ahmad merangkap Pemangku Naib Canselor UNiSEL, Timbalan Naib Canselor Perancangan Strategik dan Pembangunan, Prof Dr Ir Muhamad Daud dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Prof Madya Zainal Abidin Kidam.

Perlantikkan mereka dibuat setelah Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan pada bulan November yang lepas. Diharap dengan perlantikkan ini kemajuan dapat dilihat di UNiSEL.

Regards,
MPPUNiSEL Shah Alam

MEMO: KEPADA SISWA SISWI UNISEL (PENTING!!!)----UPDATED----

TARIKH PENDAFTARAN SISWA/SISWI SENIOR BAGI KAMPUS UNISEL SHAH ALAM TELAH DITUKAR PADA TARIKH BERIKUT:

3-4 JANUARI 2009
SABTU & AHAD
JAM 9.00 A.M-5.00 P.M.


*SILA MEMAKAI PAKAIAN YANG MENGIKUT ETIKA PEMAKAIAN DAN SAHSIAH RUPA DIRI PADA HARI PENDAFTARAN TERSEBUT.


*TINDAKAN TEGAS AKAN DIAMBIL BAGI MEREKA YANG TIDAK MEMATUHI ARAHAN TERSEBUT.


SEKIAN TERIMA KASIH,

REGARDS,

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPPUNISEL)
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR (HEPUNISEL)

Refferences:
http://www.unisel.edu.my/latest/attention-to-all-senior-students-student-registration.html

Sunday, December 7, 2008

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA


Dapatkan Komen Hari Raya Aidiladha di Myfwenster

Watch Funny Videos Clips



Kami dikesempatan ini ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada seluruh warga UNISEL yang beragama Islam. Semoga ibadah qurban pada tahun ini diberkati olehnya..amin..

Regards,

Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUNISEL)