Thursday, September 25, 2008

JEMPUTAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA "WARNA WARNI AIDILFITRI 2008"

Salam Hari Raya Maaf Zahir & Batin. Majlis Perwakilan Pelajar UNiSEL Shah Alam dengan segala hormatnya, menjemput semua warga UNiSEL Kampus Shah Alam bagi memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya 2008 anjuran MPPUNiSEL kampus Shah Alam. Atur cara adalah seperti berikut :

Tarikh : 18 Oktober 2008

Masa : 8.00pm-11.00mlm

Tempat : Dewan Serba Guna, UNiSEL Kampus Shah Alam

Tema : Warna-warni Aidilfitri 2008

tiket : RM5.00

tentatif program:

-jamuan makan
-persembahan tarian kanak2
-lucky draw( cabutan bertuah)
-anugerah pakaian tercantik
- dan macam2 lagi..
semua dijemput menyertai beramai2,
bersama memeriahkan majlis..tidak kira
kaum dan agama...
marilah bersama2 kita menyambut
kemeriahan aidilfitri..

p/s- tiket boleh didapati dibooth kami..
atau boleh hubungi kami:
Fazianee - 019-5706501
Syafizal - 012-2074240

p/s : Makanan disediakan..

Saturday, September 20, 2008

Hari Inventori Masalah Pelajar & Karnival Kelab Dan Persatuan

Kelab PROSTAR


Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUNISEL)


Indian Culture & Language Society (ICLS)


Residen Komuniti Siswa (RKS)


Kelab Taekwando UNISEL


Malaysian Youth Research Development Society (MYREDS)


Persatuan Seni Silat Gayong UNISEL


Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS)


Persatuan Pengakap Kelana Siswa UNISEL (KLKM)


Persatuan NALURi (Fakulti Art & Design)


Hari Inventori Masalah Pelajar & Karnival Kelab dan Persatauan telah berlangsung pada 28 & 29 Ogos 2008 bertempat di Dewan Serbaguna (DSG) UNISEL Kampus Shah Alam. Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelajar dan semua kelab dan persatuan yang terdapat di kampus UNISEL Shah Alam. Pihak MPPUNISEL juga telah membuka booth aduan bagi mendapatkan permasalahan pelajar untuk diketengahkan pada pengurusan UNISEL. Secara umumnya program ini amat baik bagi mempromosikan kelab & persatuan serta ramah mesra antara pemimpin persatauan, MPPUNISEL dan para pelajar UNISEL sendiri.

Pengarah Program: Saudara Muhammad Zakwan Bin Zaimon
Exco: Keusahawanan & Expo Kerjaya
Phone: 017-6757025

Majlis Berbuka Puasa Bersama DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan





Majlis Berbuka Puasa Bersama DYMM Sultan Selangor telah berlangsung pada 12 September 2008 dari jam 5pm hingga 9.30pm bertempat di Masjid Negeri di Shah Alam Selangor. Seramai 30 orang peserta UNISEL telah mengikuti rombongan bagi menjayakan majlis ini. Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada ketua rombngan saudara Muhammad Zakwan Bin Zaimon yang telah mengetuai rombongan sebagai wakil daripada MPPUNISEL serta mewakili siswa/siswi UNISEL ke majlis tersebut. Jutaan terima kasih diucapkan.

Sunday, September 14, 2008

Permasalahan kemudahan UNiSEL

14 September 2008 : Pada malam 13 September 2008 bertempat di kafe UNiSEL satu perbincangan tidak formal terbuka antara pihak MPPUNiSEL & Pemangku Naib Canselor telah berlangsung. Prof.Dr. Khalifah menyatakan kekesalan beliau kerana kampus unisel shah alam tidak diterangi dengan lampu jalan. Perkara ini telah dibangkitkan oleh beliau tetapi hanya kawasan tertentu sahaja yang bercahaya. Ini menjadikan kawasan sekitar unisel berbahaya kepada warga unisel. Dikesempatan ini, permasalahan mengenai Gymnasium dan laluan berbumbung antara setiap blok di unisel telah diajukan. Perkara ini telah mendapat perhatian beliau, dan akan dibawa ke dalam mesyuarat pengurusan. Selain daripada itu, Prof.Dr. Khalifah juga akan mengusulkan kepada Board Of Director,UNiSEL untuk membeli 2 buah bas untuk kegunaan pelajar dan akan ditempatkan di Kampus UNiSEL Shah Alam dan UNiSEL Bestari Jaya.

Saturday, September 13, 2008

Selamat Hari Jadi Ke-21 dari MPPUNiSEL Shah Alam

19 September 2008 : Terima Kasih saudara Mohamad Faris atas jasa anda. Semoga anda mendapat apa yang dihajati.. Dan berjaya di dalam pelajaran. Teruskan usaha anda tanpa jemu, insya-allah..ianya kan berjaya. Selamat Hari Jadi Ke-21.

Saturday, September 6, 2008

Majlis Berbuka Puasa DAn Khatam Al-Quran Bersama Anak Yatim UNISEL Dan Program Konvoi Penghayatan Ramadhan UNISEL

Dengan segala hormatya Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUNISEL) menjemput saudara/saudari yang dihormati sekalian ke:

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN KHATAM AL-QURAN BERSAMA ANAK YATIM/ASNAF UNISEL

TARIKH: 14 SEPTEMBER 2008 (AHAD)
MASA: 5.00PM-10.00PM
TEMPAT: PERKARANGAN DEWAN SERBAGUNA (DSG) KAMPUS UNISEL SHAH ALAM.

AKTIVTI: -GOTONG ROYONG MEMASAK BUBUR LAMBUK
-MAJLIS MERAIKAN KETIBAAN KONVOI RAMADHAN
-BACAAN TARANNUM
-PERSEMBAHAN NASYID
-MAJLIS KHATAM AL-QURAN
-MOREH

MAKLUMAT LANJUT: MOHAMAD FARIS BIN HASHIM
PENGARAH PROGRAM
012-6056473/0132129557



Pengumuman:

PROGRAM KONVOI PENGHAYATAN RAMADHAN UNISEL JELAJAH NEGERI SELANGOR

TARIKH: 12,13,14 SEPTEMBER 2008 (JUMAAT-AHAD)
TEMPAT: SEKITAR NEGERI SELANGOR

AKTIVTI: -MEMASAK BUBUR LAMBUK BERSAMA PENDUDUK SETEMPAT
-SINGGAH SAHUR
-TADARUS AL-QURAN DLL

MAKLUMAT LANJUT: AZRUL AZRIN BIN WAHAB
PENGARAH PROGRAM
017-6724817