Sunday, September 14, 2008

Permasalahan kemudahan UNiSEL

14 September 2008 : Pada malam 13 September 2008 bertempat di kafe UNiSEL satu perbincangan tidak formal terbuka antara pihak MPPUNiSEL & Pemangku Naib Canselor telah berlangsung. Prof.Dr. Khalifah menyatakan kekesalan beliau kerana kampus unisel shah alam tidak diterangi dengan lampu jalan. Perkara ini telah dibangkitkan oleh beliau tetapi hanya kawasan tertentu sahaja yang bercahaya. Ini menjadikan kawasan sekitar unisel berbahaya kepada warga unisel. Dikesempatan ini, permasalahan mengenai Gymnasium dan laluan berbumbung antara setiap blok di unisel telah diajukan. Perkara ini telah mendapat perhatian beliau, dan akan dibawa ke dalam mesyuarat pengurusan. Selain daripada itu, Prof.Dr. Khalifah juga akan mengusulkan kepada Board Of Director,UNiSEL untuk membeli 2 buah bas untuk kegunaan pelajar dan akan ditempatkan di Kampus UNiSEL Shah Alam dan UNiSEL Bestari Jaya.

1 comments:

Unknown said...

bgus2...kemukan semua maslah pd pemngku nc...unisel perlu berubah..jgn berada d takuk y lame jer..