Friday, March 6, 2009

PEMBUBARAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPPUNISEL) SESI 2008/2009

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa Pemilihan MPPUNISEL, kali ke-7, sesi 2009/2010 akan diadakan pada 25 Mac 2009 (Rabu) dan penamaan calon adalah pada 16 Mac 2009 (Isnin).

Sehubungan dengan itu, barisan kepimpinan MPPUNISEL sesi 2008/2009 akan dibubarkan mulai 5 Mac 2009 (Khamis).

Justeru itu kami inngin mengucapkan jutaan terima kasih kepada siswa/i UNISEL kampus Shah Alam khususnya yang terus menerus menyokong kami sewaktu menerajui tampuk kepimpinan MPPUNISEL bagi sesi 2008/2009 bagi kampus UNISEL Shah Alam yang lalu..

Di kesempatan ini juga kami ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap andai pernah mengguris hati mana-mana pihak. Apa yang telah kami lakukan dan usaha kan selama ini adalah demi menjaga kebajikan siswa/siswi UNISEL khususnya.

Oleh itu kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi atas sokongan yang tidak berbelah bagi yang diberikan kepada kami selama ini dan diharapkan juga kepada mereka-mereka yang bakal menerajui tampuk kepimpinan baru MPPUNISEL bagi sesi 2009/2010 bagi kampus UNISEL Shah Alam akan dapat meneruskan kesinambungan daripada apa yang telah kami perjuangkan selama ini.

Semoga nasib mahasiswa UNISEL akan terus terbela dan terus diperjuangkan di masa-masa yang akan datang.

Sekian terima kasih..

Yang Berkhidmat,

Seluruh Ahli Majlis Tertinggi & Exco,
Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUNISEL)
Universiti Industri Selangor,
Cawangan Shah Alam.


0 comments: