Friday, July 6, 2012

Pandangan Pihak Industri kepada Graduan UNiSEL

Apakah pandangan pihak industri di Malaysia terhadap graduan2 UNiSEL yang tamat pengajian?

Iklim perubahan pemerintahan yang berlaku pada tahun 2008 sedikit sebanyak memberi kesan positif dan negatif kepada UNiSEL dan ALUMNI mereka sendiri. Tetapi jika dikupas dari sudut yang sihat, graduan yang dilahirkan di UNiSEL merupakan graduan yang berkualiti dan mempunyai daya saing yang tinggi di kalangan graduan IPT yang lain.

Mereka mampu menyerap tekanan dari pelbagai aspek dengan matang dan mampu memberikan komitmen yang bagus kepada majikan mereka.

Malah ada diantara mereka yang ditawarkan kerja dengan gaji yang bagus dan ada juga yang ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran mereka diperingkat yang tertinggi.

Janganlah kerana keadaan semasa alumni-alumni serta pelajar-pelajar UNiSEL menerima kesan tempias yang boleh merugikan mereka dan negara. Kerana mereka adalah aset yang bernilai kepada Malaysia.

Tinta,

SR

http://www.unisel.edu.my/news-a-events/newsletter/246-anugerah-pelajar-cemerlang-daripada-iem-dan-mia.html

0 comments: