Wednesday, February 11, 2009

Protokol Sesi Dialog

Dengan adanya saluran bagi pelajar-pelajar menyampaikan masalah secara terus kepada pihak pengurusan tertinggi UNISEL. Saya berharap agar semasa berjalannya majlis tersebut, ianya tidak dicemari oleh insiden-insiden yang tidak diingini.


Ini adalah kerana kita sebagai pelajar yang mempunyai daya intelektual yang tinggi seharusnya menunjukkan kematangan kita sebagai insan yang terdidik. Dengan ini apa yang kita ingini dapat disampaikan secara jelas dan penuh berhemah kepada pengurusan yang baru ini.


Saya juga berharap agar akan ada tindakkan dari pihak pengurusan kanan UNISEL dalam memacu unisel ke arah ERA BARU UNISEL yang lebih hebat lagi.


Regards,
Mohd Shairazi Bin Romainor
Naib Yang Di-Pertua
MPPUNISEL

Tuesday, February 10, 2009

MEMO: DIALOG PERMASALAHAN AKADEMIK

Salam sejahtera,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa hasil perbincangan semula, pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUNISEL) Cawangan Shah Alam bersama Pengurusan UNISEL telah membawa kata sepakat dan bersetuju bahawa sesi DIALOG PERMASALAHAN AKADEMIK bersama Pengurusan UNISEL anjuran MPPUNISEL Cawangan Shah Alam dijadualkan akan berlangsung pada:

Tarikh: 13 Februari 2009
Hari: Jumaat
Masa: 4.30 Petang
Tempat: Lecture Theater (LT2) Kampus UNISEL Shah Alam

Antara senarai jemputan pihak pengurusan kanan yang akan hadir:

Pemangku NC merangkap TNC HEA
TNC HEP
TNC Perancangan Strategik & Pembangunan
Pendaftar Kanan
Pendaftar
Bendahari
Dekan FBSH
Dekan FTSSI
Dekan FBSH
Dekan Mass Comm

Semua siswa/siswi Kampus UNISEL Shah Alam yang berkelapangan dijemput hadir bagi membentangkan permasalahan masing-masing.

Memo berkenaan sesi dialog ini akan ditampal di sekitar kampus dan fakulti. Diharapkan juga jangan ada pihak yang cuba menyebarkan maklumat palsu yang berunsurkan hasutan dan fitnah.

Segala kerjasama daripada siswa/siswi UNISEL amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

p/s: Tolong sebarkan pada rakan-rakan yang lain..TQ..

Regards,

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Industri Selangor (UNISEL)
Cawangan Shah Alam

Thursday, February 5, 2009

MEMO: PENJELASAN RASMI DEKAN FAKULTI BIOPERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN BERHUBUNG SMS BERUNSUR HASUTAN: PENGIKTIRAFAN MQA

Salam sejahtera..

Berikut merupakan penjelasan rasmi daripada Dekan Fakulti Bioperubatan Dan Sains Kesihatan, En. Abdullah Mohd Noh berkenaan dengan status MQA bagi setiap program yang ditawarkan di Fakulti anda. Jadi diharapkan segala khabar angin yang berunsurkan hasutan mengenai status pengiktirafan MQA berkenaan dengan kursus-kursus yang ditawarkan adalah palsu semata-mata dan merupakan agenda pihak-pihak tertentu yang bermotifkan sesuatu yang tidak sihat dan membawa kepada akibat yang lebih buruk.

Justeru itu kepada siswa/siswi UNISEL yang ingin mendapatkan penjelasan lanjut diminta untuk berhubung secara terus ke Pejabat Pengurusan Fakulti. Memo berkenaan status MQA ini telah pun di tampal di papan kenyataan Fakulti anda.

Kerjasama daripada pihak anda amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Regards,

Mohamad Faris Hashim
Timbalan Naib Yang Di-Pertua 2
Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUNISEL)

Wednesday, February 4, 2009

NO DEMONSTRATION IS ORGANIZED BY MPPUNISEL

Regarding to the SMS that has been sent to all over the Biomedic student. It is unofficially event and will give the bad image towards all Biomedic students. Because the implication in the future will cause another problem to your qualification after graduating from universiti.

Beside thats, it is just a rumors from anonymous that had bad intension because the movement of UNiSEL is smooth right now.

As a Student Representative Council, i'm advice all of UNiSEL student to ignore the SMS and proceed lecture as usuall.


Regards,
Mohd Shairazi Romainor
Vice President
Student Representative Council

Wednesday, January 28, 2009

Panorama Malam Di UNiSEL




Alhamdulillah, selepas sekian lama menanti akhirnya panorama malam di UNiSEL yang dulunya suram kini bertukar kepada panorama yang indah. MPPUNiSEL SHAH ALAM mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan UNiSEL juga pihak Pembangunan diatas keprihatinan mereka tentang keselamatan dan kebajikan pelajar. Semoga cahaya yang menerangi UNiSEL SHAH ALAM akan terus bercahaya dimasa hadapan.


Yang Benar,
Mohd Shairazi Romainor
Naib Yang Di-Pertua
MPPUNiSEL

Wednesday, January 21, 2009

Kediaman UNiSEL

Untuk makluman semua penghuni asrama unisel, asrama akan kekal seperti biasa walaupun berlaku kerja-kerja membaikpulih asrama. Jika segala yang dirancang dan diusulkan berjaya mendapat kelulusan dari pihak pengurusan unisel, asrama akan ditiadakan bermula sesi Julai 2009/2010 tetapi akan digantikan dengan kediaman baru yang lebih selesa dan kondusif. Pengangkutan juga akan disediakan bagi kemudahan dari kediaman ke kampus unisel seksyen 7.

Yang Benar,
MPPUNiSEL SHAH ALAM

Status Projek Rumah Hijau




Setelah memohon penjelasan dari pihak yang berkenaan, projek rumah hijau akan diteruskan seperti yang dirancang. Semua projek akan berjalan dalam masa terdekat.

Regards,
MPPUNiSEL Shah Alam