Thursday, October 23, 2008

MEMO PENTING: KEAPDA SISWA SISWI UNISEL

23 Oktober 2008, Shah Alam: Hasil perbincangan pihak MPPUNISEL Shah Alam dengan Bendahari UNISEL Pn. Hjh. Fatimah Bt Jalal, beliau telah bersetuju dan meluluskan usul berkenaan dengan kes tunggakan yuran pengajian. Kepada siswa/siswi UNISEL yang mempunyai tunggakan yuran pengajian sebanyak RM 2500.00 kebawah akan diberi pengecualian.

Senarai nama akan dikeluarkan oleh Unit Kewanangan/Bendahari dan akan ditampal di Unit Kewangan, HEA dan Fakulti masing-masing. Bagi nama-nama yang berada di dalam senarai berkenaan akan dibenarkan untuk mengambil slip peperiksaan tanpa memerlukan clearence slip.

Bagi siswa/siswi UNISEL yang mendapat tajaan MARA akan dibenarkan membuat pembayaran minimum yuran pengajian atas budi bicara Bendahari UNISEL.

Sekian Terima Kasih.

0 comments: