Thursday, January 8, 2009

Kampus UNISEL Shah Alam Bakal Berubah Wajah Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Penubuhan Universiti Industri Selangor


Rabu, 7 Januari 2009: Hasil perbincangan, cadangan dan usul yang telah dikemukakan oleh pihak Majlis Perwakilan Pelajar Cawangan Shah Alam (MPPUNISEL) yang diketuai oleh Saudara Mohd Shairazi Bin Romainor (NYDP MPPUNISEL) dan seluruh kepimpinan MPPUNISEL Cawangan Shah Alam bersama Yg. Bhg Prof. Dr. Ir. Muhamad Daud selaku Timbalan Naib Canselor Perancangan Strategik & Pembangunan, beliau telah bersetuju meluluskan cadangan bagi membaik pulih kediaman asrama siswa siswi yang telah uzur antaranya penambahbaikan tandas serta lantai berjubin yang akan digantikan, penambahbaikan rumah hijau dan kawasan sekitarnya, lampu-lampu jalan di sekitar kampus serta lampu pada mercu tanda atau logo rasmi UNISEL yang terdapat pada bangunan satellite yang selama ini bergelap, dan perubahan warna cat yang bakal merubah wajah UNISEL kepada imej yang baru sempena sambutan ulang tahun ke-10 penubuhannya. Tender bagi penambahbaikan ini telah dikeluarkan oleh pihak pejabat pembangunan UNISEL pada 8 Januari 2009. Pastinya berita gembira ini amat dinanti-nantikan oleh seluruh warga kampus UNISEL Shah Alam dan ianya adalah satu lagi kejayaan pihak MPPUNISEL cawangan Shah Alam dalam memperjuangkan kebajikan para siswa/siswinya.

Usul/cadangan yang masih dalam proses kelulusan:

1. Mesin ATM.
2. Jalan berbumbung yang menghubungkan siswa/siswi antara satu blok ke satu blok yang lain.
3. Tempat letak motosikal berbumbung.
4. Permasalahan bagi kemudahan-kemudahan di setiap fakulti.

Justeru itu, kami di kesempatan ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada Yg. Bhg Prof. Dr. Ir. Muhamad Daud di atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Naib Canselor Perancangan Strategik & Pembangunan serta kepekaan beliau terhadap permasalahan yang telah dikemukakan. Harapan kami semoga dengan apa jua yang dijanjikan akan dapat dilaksanakan dengan baik demi angin perubahan bagi siswa/siwi UNISEL untuk masa akan datang.

Best Regards,
Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUNISEL)
Cawangan Shah Alam

"PEMIMPIN CEMERLANG PENERAJU MAHASISWA GEMILANG"

0 comments: